MENTERI BELIA DAN SUKAN RASMI KEJOHANAN TAEKWON-DO KEBANGSAAN PGTF 2012

MENTERI BELIA DAN SUKAN RASMI KEJOHANAN TAEKWAN-DO KEBANGSAAN PGTF 2012

Disediakan oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS) yfadhila@kbs.gov.my

 

 

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2012: Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek hadir meluangkan masa seterusnya merasmikan Kejohanan Taekwan-do Kebangsaan, Pan-Malaysia Global Taekwan-do Federation (PGTF) yang berlangsung di Stadium Chinwoo di sini hari ini.

Kejohanan selama dua hari bermula 25 dan 26 Februari ini melibatkan penyertaan Persatuan Taekwan-do PGTF seluruh Malaysia seperti dari Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, Johor, Pahang dan Kedah dengan jumlah peserta kira-kira 500 orang.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapan perasmiannya menyatakan sukan taekwan-do merupakan salah satu sukan mempertahankan diri yang paling terkenal di dunia dan banyak disertai terutama golongan belia.

Tambah beliau lagi, “golongan belia terutamanya digalakkan menyertai apa juga sukan mempertahankan diri seperti taekwan-do sebagai salah satu gaya hidup aktif dan sihat.”

Beliau juga menyarankan supaya persatuan dan kelab sukan di negara ini untuk mencari sumber kewangan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.

“Pelbagai cara boleh dijalankan bagi menjana pendapatan kelab atau persatuan masing-masing dengan mengadakan promosi dan publisiti produk kelab melalui jualan barangan seperti topi, jersey, beg dan sebagainya,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PGTF, Senator Dato’ Ng Fook Heng, Penolong Presiden, Ng Hooi Lai dan Pengerus Penganjuran Kejohanan PGTF, Steven Soo.

Pada Kejohanan tersebut, negeri Selangor diumumkan sebagai juara keseluruhan menewaskan negeri-negeri lain dengan jumlah kutipan pingat sebanyak 204, di ikuti oleh negeri Perak di tempat kedua dengan jumlah pingat sebanyak 121. Manakala ditempat ke tiga menjadi milik negeri Pahang dengan jumlah pingat yang diperolehi sebanyak 60.

 Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

imelia@kbs.gov.my

English Translation…

Minister of Youth and Sports, Dato ‘Sri Ahmad Shabery Cheek took time off to officiate  the Pan-Malaysia Global Taekwon-do Federation (PGTF)  Taekwon-Do National Championships  held at Chinwoo Stadium here today.

The two-day tournament commenced on Feb. 25 and 26 involving the participation of the PGTF Taekwon-do  Malaysia comprising Selangor, Perak, Penang, Federal Territory of Labuan and Putrajaya, Johor, Pahang and Kedah with the number of participants totaling about 500 people.

Dato ‘Sri Ahmad Shabery Cheek in his opening speech said that  taekwon-do sports is one of the most popular arts of self-defense in the world being participated especially by the youth.

He added, “the youths especially are encouraged to participate in any sport or martial arts such as taekwon-do as a healthy and active lifestyle.”

He also suggested that the associations and sports clubs in the country should  seek their own financial resources without relying solely on the government to carry out their activities.

“Various ways can be done for the clubs or their association in their promotion and publicity through the sale of products and items such as caps, jersey, bags and so on,” he said.

Also present at the ceremony was the Deputy President PGTF, Senator Dato ‘Ng Fook Heng, Vice President, Ng Hooi Lai and Championships Organizing Chairman  Steven Soo.

At the final results of  tournament, Selangor state was the overall winner  beating  other States with a total collection of 204 medals, followed by the Perak state in second place with a total of 121 medals. While the third place went to Pahang with a total of 60 medals won.

Edited by: Lizza Imelia M. Sulanah, Corporate Communications Unit.

imelia@kbs.gov.my

TO BE CONTINUED…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s